Suu Kyi berdepan lima tuduhan rasuah baharu - Utusan Malaysia

Suu Kyi berdepan lima tuduhan rasuah baharu

AUNG San Suu Kyi ditahan sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pemerintah junta tentera memfailkan lima pertuduhan rasuah baharu terhadap pemimpin Myanmar digulingkan, Aung San Suu Kyi berkaitan pemberian permit untuk menyewa dan membeli sebuah helikopter.

Lapor Al Jazeera, Suu Kyi yang ditahan sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lalu, sebelum ini pernah dibicarakan atas lima pertuduhan rasuah lain.

Setiap pertuduhan itu boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan dikenakan denda.

“Tiada sesiapa boleh melebihi undang-undang.

“Saya hanya mahu menyatakan bahawa beliau akan diadili mengikut undang-undang,” kata jurucakap junta, Zaw Min Tun dalam satu sidang akhbar. 

Sementara itu, seorang pegawai undang-undang yang enggan mendedahkan identitinya berkata, lima pertuduhan baharu itu melibatkan penyewaan, pembelian dan penyelenggaraan sebuah helikopter.

Pada Disember lalu, media tempatan melaporkan bahawa Suu Kyi dan bekas presiden, Win Myint akan didakwa di bawah Undang-Undang Pencegahan Rasuah berkaitan kes menyewa sebuah helikopter.  

Lapor akhbar Global New Light of Myanmar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendapati kedua-dua pemimpin tersebut menyalahgunakan kuasa mereka.

Jelas laporan itu, tindakan mereka mengakibatkan kerugian dana kerajaan kerana mengabaikan peraturan kewangan dalam memberi kebenaran kepada bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula, Win Myat Aye untuk menyewa dan membeli helikopter. 

Pertuduhan rasuah lain yang dikenakan terhadap Suu Kyi melibatkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berkaitan urus niaga hartanah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN