fbpx

Selepas pulang ‘menuntut ilmu’, lelaki mengaku dirinya Imam Mahdi

LELAKI yang mengakui dirinya adalah Imam Mahdi di Aceh, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila membuat pengumuman menggunakan pembesar suara masjid mengakui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi.

Lelaki berusia 35 tahun itu berbuat demikian selepas selesai mengikuti kuliah di Masjid Agung al-Khalifah, Aceh Utara, baru-baru ini.

Seorang saksi, Ibrahim Jafar Kuba memberitahu, lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai masalah jiwa terus mengambil mikrofon dan membuat pengumuman itu sebaik sahaja kuliah selesai.

“Lelaki yang dikenali sebagai Armia itu mengakui dirinya adalah Imam Mahdi dan menceritakan dengan lengkap salasilah keturunannya,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk setempat membawanya ke balai polis bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Setibanya di balai polis, lelaki tersebut tetap berkeras dengan dakwaannya sehingga keluarganya datang untuk membawanya pulang.

Jurucakap polis, Asriadi berkata, keluarga lelaki tersebut memaklumkan, lelaki itu berubah sikap selepas pulang dari menuntut ‘ilmu agama’ pada tahun lalu, selain tidak pernah menceritakan di mana dia belajar ilmu berkenaan.

“Abang cuma maklumkan dia masuk ke kawasan pedalaman untuk menuntut ilmu agama dan tidak pernah menceritakan lebih lanjut.

“Sikapnya mula berubah sejak dia pulang dari pengajian itu sehingga dia sanggup mengaku dirinya adalah Imam Mahdi,” ujar adiknya, Samsul Bahri.

Oleh hal yang demikian, keluarga lelaki tersebut memohon maaf kepada semua penduduk dan berterima kasih kerana menghalang lelaki itu daripada bertindak di luar kawal.

POPULAR

KOSMO! TERKINI