Sebahagian Tembok Besar China runtuh akibat gempa bumi - Utusan Malaysia

Sebahagian Tembok Besar China runtuh akibat gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebahagian daripada Tembok Besar China runtuh selepas gempa bumi berukuran 6.9 skala Richter melanda wilayah Qinghai di barat laut China.

Global Times melaporkan, kira-kira dua meter tembok itu runtuh di daerah Shandan di wilayah Gansu yang terletak 114 kilometer dari pusat gempa bumi yang berlaku pada kedalaman 10 meter.

Selepas gempa itu berlaku, pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan menemukan runtuhan berkenaan.

Sehubungan itu, langkah perlindungan dilakukan bagi mengelak lebih banyak struktur tembok itu runtuh.

Selain itu, kerja-kerja membaikpulih juga giat dilakukan.

Gempa bumi itu tidak mengakibatkan sebarang kematian, namun sembilan orang cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN