Satu-satunya angkasawan wanita Rusia bakal ke ISS pada September ini - Utusan Malaysia

Satu-satunya angkasawan wanita Rusia bakal ke ISS pada September ini

ANNA KIKINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Satu-satunya angkasawan wanita Rusia, Anna Kikina dijangka melakukan misi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada September tahun ini.

Kikina, 37, yang merupakan jurutera bakal menjadi angkasawan wanita kelima Rusia melakukan misi ke ISS.

Agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos memaklumkan, sekiranya Rusia dan Amerika Syarikat (AS) mencapai persetujuan, Kikina bakal ke angkasa lepas bersama angkasawan AS pada Ogos ini.

Namun, jika tiada persetujuan, Kikina akan ke ISS menggunakan roket Soyuz pada September.

Kali terakhir angkasawan wanita Rusia melakukan misi ke angkasa lepas adalah Elena Serova yang menghabiskan masa selama 167 hari di ISS dari September 2014 hingga Mac 2015. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya