Sambutan hari jadi terganggu akibat mabuk, lelaki dilibas pedang samurai - Utusan Malaysia

Sambutan hari jadi terganggu akibat mabuk, lelaki dilibas pedang samurai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BITUNG: Seorang remaja menyerang rakannya menggunakan pedang selepas berang majlis hari jadinya terganggu gara-gara mangsa mabuk.

Kejadian itu berlaku di rumah suspek di Bitung, Sulawesi Utara ketika dia dan beberapa rakannya meraikan sambutan hari jadinya yang ke-15 tahun.

Kekecohan berlaku apabila seorang daripada rakan mangsa mabuk dan mula bertindak di luar kawal.

Mangsa juga mengajak beberapa rakan lain bergaduh dan dia cuba ditenangkan, namun gagal.

Hal itu menyebabkan suspek masuk ke dalam bilik untuk mengambil pedang dan melibas mangsa sebanyak tiga kali.

Akibat insiden itu, mangsa mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan badan, selain suspek ditahan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya