Saintis temukan koloni 60 juta ikan di Antartika - Utusan Malaysia

Saintis temukan koloni 60 juta ikan di Antartika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Satu koloni pembiakan kira-kira 60 juta ikan ditemukan di Laut Weddell di Antartika, sekali gus menjadi yang terbesar di dunia.

Koloni itu dipercayai menempatkan ikan ‘icefish’ yang mempunyai tengkorak dan darah lutsinar, selain menjadi satu-satunya haiwan vertebrata yang tidak mempunyai sel darah merah.

Koloni pembiakan itu ditemukan pada Februari 2021 oleh kapal penyelidikan Jerman, Polarstern yang meneliti dasar laut menggunakan sistem kamera bersaiz kereta.

Sistem kamera itu merakam gambar keadaan di bawah laut ketika ia ditarik oleh kapal.

Penyelidik, Autun Purser dari Institut Alfred Wegener di Bremerhaven, Jerman berkata, mereka terkejut dengan penemuan tersebut apabila menemukan satu demi satu koloni ikan dalam tempoh empat jam.

“Saya tidak pernah menemukan sesuatu seperti ini sejak 15 tahun bergelar saintis lautan. Kami merujuk kepada pakar dan mereka juga menyifatkan penemuan itu sebagai unik,” katanya seperti yang dilapor CNN.

Kawasan koloni itu dianggarkan seluas lebih 240 kilometer persegi dengan secara purata, satu sarang ikan bagi setiap tiga meter persegi.

Setiap satu sarang itu sedalam 15 sentimeter dan berdiameter 75 sentimeter serta mengandungi 1,735 telur ikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya