fbpx

20 Mei 2022, 3:31 am

  TERKINI

Rusia terus bermain teka-teki mengenai rancangan menawan Ukraine

IMEJ satelit dikeluarkan oleh Maxar Technologies menunjukkan pandangan jarak dekat artileri kereta kebal dan khemah di kawasan latihan Pogonov di Voronez, Rusia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain mendakwa Kremlin sedang berusaha untuk menempatkan pemimpin pro-Rusia di Ukraine selain memaklumkan pegawai perisikan Rusia sudah menghubungi beberapa bekas ahli politik Ukraine sebagai sebahagian rancangan untuk melakukan pencerobohan di negara itu. 

Bagaimanapun, Kementerian Luar Britain enggan mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaan yang dibuat.

Dakwaan itu dibuat ketika ketegangan tinggi antara Rusia dan negara Barat berhubung pengumpulan tentera Rusia berhampiran sempadannya dengan Ukraine dengan Moscow terus membantah perkara itu.

Menurut kementerian tersebut, mereka mempunyai maklumat menunjukkan Rusia mempertimbangkan bekas Ahli Parlimen Ukraine, Yevhen Murayev sebagai calon berpotensi mengetuai kepemimpinan pro-Rusia. 

“Maklumat yang dikeluarkan hari ini menjelaskan sejauh mana aktiviti Rusia dirancang untuk menawan Ukraine.

“Sepertimana ditegaskan oleh UK dan rakan kongsi kami, sebarang pencerobohan tentera Rusia ke Ukraine bakal menjadi satu kesilapan strategik yang besar,” kata Setiausaha Luar Britain, Liz Truss dalam kenyataan.

Kenyataan Britain itu dikeluarkan pada awal pagi tadi (waktu Moscow dan Kyiv) dan setakat ini, tiada maklum balas segera dari pihak Kremlin mahupun Murayev.

Sumber dari Kementerian Luar memaklumkan ia bukan amalan biasa untuk berkongsi perkara berkaitan perisikan dan butirannya hanya didedahkan selepas pertimbangan teliti untuk menghalang pencerobohan Rusia.

Dakwaan itu tercetus sehari selepas diplomat tertinggi Amerika Syarikat (AS) dan Rusia gagal mencapai persetujuan dalam rundingan ke arah penyelesaian krisis ke atas Ukraine, walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk terus berunding.

Sementara itu, Britain mendedahkan perkhidmatan perisikan Rusia berusaha mengekalkan hubungan dengan ramai bekas ahli politik Ukraine termasuk tokoh kanan yang mempunyai kaitan dengan bekas Presiden, Viktor Yanukovich. – REUTERS

POPULAR

KOSMO! TERKINI