Rumah meletup akibat gas bocor, bunyi ledakan didengari sehingga 10km - Utusan Malaysia

Rumah meletup akibat gas bocor, bunyi ledakan didengari sehingga 10km

ANGGOTA polis menunjukkan keadaan rumah yang musnah akibat letupan kebocoran gas di Banten, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PANGDEGLANG: Satu letupan kuat memusnahkan sebuah rumah dan seorang penghuninya tewas dalam satu kejadian di Pandeglang, Banten semalam.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, letupan itu berlaku disebabkan kebocoran gas dan ledakannya boleh didengari sehingga jarak 10 kilometer.

Menurut seorang penduduk, Iin, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9 malam.

“Bunyi letupan itu sangat kuat sehingga kami beranggapan ada bom yang meletup.

“Selepas itu, penduduk kampung keluar dan mendapati sebuah rumah musnah dengan seorang penghuninya meninggal dunia,” katanya kepada Detik News.

Dalam pada itu, ketua Polis Cimanggu, Darwin Khairul Syafari mengesahkan insiden itu dan polis belum mengenal pasti identiti mangsa yang meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati letupan itu mungkin berpunca daripada kebocoran gas dan beberapa penghuni di rumah tersebut turut cedera.

“Kami akan maklumkan perkembangan baharu dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN