Rombongan Jokowi perlahan kenderaan, beri laluan kepada ambulans - Utusan Malaysia

Rombongan Jokowi perlahan kenderaan, beri laluan kepada ambulans

TANGKAP layar video dari dalam ambulans rombongan Presiden Joko Widodo bertindak memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada ambulans. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Detik-detik rombongan Presiden Joko Widodo (Jokowi) memberikan laluan kepada ambulans tular di media sosial.

Detik melaporkan, kejadian itu berlaku ketika Jokowi melakukan kunjungan kerja ke Jawa Tengah.

Dalam video itu kelihatan kenderaan pasukan keselamatan berada paling depan rombongan dengan penduduk menyambut kedatangan Jokowi di pinggir jalan.

Video tersebut dirakam dari dalam ambulans dan siren terdengar jelas dalam video.

Menurut netizen, kejadian itu berlaku di Tawangharjo Grobogan.

Video memaparkan kenderaan ambulans sempat memperlahankan kenderaan ketika berselisih dengan rombongan Jokowi.

Namun pengawal Presiden yang menggunakan motosikal mengarahkan ambulans supaya tidak memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada rombongan Jokowi, sebaliknya diminta meneruskan perjalanan.

Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono berkata, kejadian itu berlaku ketik rombongan Jokowi melintasi Grobogan, Jawa Tengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN