Polis Isreal musnahkan rumah penduduk Palestin - Utusan Malaysia

Polis Isreal musnahkan rumah penduduk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Polis Israel dilaporkan memusnahkan rumah milik keluarga Palestin dan menahan sekurang-kurangnya 18 orang, pada awal pagi tadi.

Tindakan kejam itu dilakukan ketika agensi penguatkuasa melaksanakan perintah pengusiran di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur.

Pengusiran beberapa keluarga lain di kawasan Sheikh Jarrah pada Mei tahun lalu mengakibatkan pertempuran ganas selama 11 hari antara Isreal dan Palestin di Gaza.

Sebelum subuh, polis Israel menyerbu rumah keluarga Salhiya yang sebelum ini diugut untuk diusir keluar sejak tahun 2017.

Dilaporkan, tanah tempat kediaman keluarga Salhiya diperuntukkan untuk pembinaan sekolah.

Seorang jurugambar AFP menyaksikan rumah keluarga itu dirobohkan.

Polis Isreal menerusi kenyataan mengesahkan pihaknya sudah selesai melaksanakan perintah pengusiran membabitkan penempatan penduduk yang dibina atas kawasan ditetapkan untuk pembinaan sekolah dari Baitulmuqaddis Timur.

Jelasnya, sebelum ini, ahli keluarga yang tinggal di bangunan itu diberi peluang beberapa kali untuk menyerahkan tanah tersebut dengan persetujuan.

Dalam pada itu, seorang jurucakap polis memaklumkan seramai 18 ahli keluarga dan penyokong ditahan kerana melanggar perintah mahkamah dan mengganggu ketenteraman awam.

Bagaimanapun, dilaporkan, tiada pertempuran berlaku ketika pengusiran itu.

“Ketika polis tiba pada Isnin lalu untuk melaksanakan perintah, ahli keluarga Salhiya naik ke atas bumbung rumah dengan membawa tong gas dan mengugut untuk membakar diri serta bangunan jika mereka dipaksa keluar dari rumah.

“Polis akhirnya berundur tanpa melakukan apa-apa,” jelas laporan itu.

Sementara itu, seorang peguam bagi keluarga Salhiya berkata, tindakan merobohkan rumah mereka secara jelas melanggar undang-undang kerana majlis perbandaran hanya menerima kebenaran mahkamah untuk mengosongkan harta dan bukannya memusnahkannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya