Polis India tahan sami Hindu hasut bunuh penduduk Islam beramai-ramai - Utusan Malaysia

Polis India tahan sami Hindu hasut bunuh penduduk Islam beramai-ramai

OLIS mengawal tebing Sungai Ganges ketika Makar Sankranti, di Haridwar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pihak berkuasa India menahan seorang sami agama Hindu kerana didakwa menghasut keganasan berdasarkan sentimen agama.

Jurucakap polis, Swatantra Kumar memaklumkan, sami berkenaan, Yati Narsinghanand Giri didakwa menghasut masyarakat beragama Hindu supaya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap komuniti Islam di negara ini.

Kumar memberitahu, Giri pada mulanya ditangkap kerana menghina golongan wanita sebelum mengaku menghasut supaya orang ramai membunuh penduduk Islam.

“Giri didakwa secara rasmi semalam kerana mempromosikan permusuhan antara kumpulan berbeza agama dan jika disabit kesalahan, dia boleh dipanjara 15 tahun.

“Sami itu dipercayai melakukan kesalahan tersebut (menghasut) ketika menghadiri satu pertemuan dengan penduduk beragama Hindu di Hardwar di negeri Uttarakhand pada Disember lalu,” katanya.

Uttarakhan dikuasasi oleh parti Bharatiya Janata yang dimpimpin Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Hampir 1.4 peratus daripada 1.4 bilion penduduk India beragama Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN