PM Sweden positif Covid-19 - Utusan Malaysia

PM Sweden positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson disahkan positif Covid-19 semasa gelombang jangkitan Covid-19 merebak di negara itu akibat kemunculan varian Omicron.

Andersson, 54, merupakan antara pemimpin parti yang dijangkiti virus itu, selain Raja dan Permaisuri turut dijangkiti wabak bulan ini.

Jurucakap beliau menjelaskan Andersson yang merupakan pemimpin parti Demokrasi Sosial akan menjalankan tugasnya di rumah.

“Perdana Menteri berada dalam keadaan baik sekarang,” katanya.

Sweden dijangka boleh mencecah 70,000 kes jangkitan harian Covid-19 kerana bilangan jangkitan sekarang sudah melebihi 25,000 kes sehari.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya