Pergaduhan di penjara Filipina, enam banduan maut - Utusan Malaysia

Pergaduhan di penjara Filipina, enam banduan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sekurang-kurangnya enam banduan terbunuh dan 33 cedera akibat pergaduhan di sebuah penjara yang sesak di Filipina hari ini.

Kejadian itu melibatkan beberapa geng banduan di Penjara Caloocan City di Manila.

Jurucakap Biro Pengurusan Penjara dan Penologi, Xavier Solda berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden itu.

“Insiden itu bermula ketika dua banduan bergaduh sebelum disertai kumpulan banduan lain.

“Larangan kunjungan ahli keluarga susulan pandemik Covid-19 mungkin menjadi antara faktor kepada pergaduhan itu,” katanya.

Sehubungan itu, tahap kawalan di penjara itu ditingkat bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk.

Dianggarkan seramai 1,900 banduan ditahan di penjara tersebut yang sebenarnya hanya boleh memuatkan 200 tahanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN