Penyampai berita New Zealand pertama kali tampil bertatu - Utusan Malaysia

Penyampai berita New Zealand pertama kali tampil bertatu

ORIINI KAIPARA menjadi penyampai berita pertama mempunyai cacah tatu tradisional wanita Maori.-INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ZEALAND: Penyampai berita, Oriini Kaipara, 37, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama bersiaran di buletin berita dengan cacah tatu tradisional wanita Maori atau moko kauae, di bahagian bibir dan dagu bawah.

Lapor Daily Mail, wanita itu bersiaran secara langsung di Newshub pukul 6 petang, Isnin lalu, disahkan sebagai bangsa Maori selepas mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA), 2017.

Hasil ujian tersebut membuatkan ibu empat anak itu memilih mencacah tatu itu 2019 melalui proses dinamakan Ta moko, yang melambangkan warisan keluarga, status sosial selain perubahan dan peralihan antara gadis serta dewasa.

Kata Kaipara, membaca berita merupakan impian seumur hidupnya selain berharap menjadi individu pertama dalam kalangan wanita Maori yang tampil dengan tatu tradisional itu.

“Saya sangat teruja dan menikmatinya. Saya berbangga dengan pencapaian sejauh ini apabila dapat bersiaran secara langsung di kaca televisyen.

Personaliti televisyen itu berketurunan Tu hoe, Nga ti Awa, Tu wharetoa and Nga ti Rangitihi dan boleh bertutur dalam dua bahasa.

Perkara itu menjadi kebanggaannya sepanjang bekerja sebagai wartawan terkemuka.

Untuk rekod, Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta juga mempunyai tatu moko kauae pada 2016 dan menjadi wakil rakyat wanita pertama yang memakainya di Parlimen.

Beliau mempunyai hubung kait dengan kerabat diraja Maori dengan bapanya adalah anak angkat kepada Raja Koroki.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya