Pelakon terkenal nak bagi staf angpau RM9,000 seorang - Utusan Malaysia

Pelakon terkenal nak bagi staf angpau RM9,000 seorang

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pelakon Singapura, Lawrence Wong mengumumkan berita baik dan berhajat mahu memberikan angpau bernilai 3,000 dolar Singapura (RM9,000) kepada pekerjanya sempena Tahun Baharu Cina yang bakal disambut bulan depan.

Lapor Channel News Asia, pelakon kelahiran Malaysia berusia 33 tahun itu memberitahu perkara itu menerusi segmen bual bicara dalam televisyen ketika hos bertanyakan soalan mengenai pemberian angpau tersebut.

Pelakon yang menempa nama di China itu memaklumkan akan memberikan sampul angpau berwarna merah yang sangat berbaloi.

“Tahun ini saya berjaya meraih lebih banyak pendapatan, jadi mungkin setiap seorang akan dapat 3,000 dolar Singapura?” katanya.

Wong memaklumkan akan memberikan jumlah angpau tersebut bergantung berapa banyak pendapatan yang diperoleh setiap tahun.

Pelakon drama bersiri Story of Yanxi Palace itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah individu yang bekerja dengannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN