PBB dakwa ramai bekas pegawai Afghanistan dibunuh - Utusan Malaysia

PBB dakwa ramai bekas pegawai Afghanistan dibunuh

BURUNG merpati berterbangan di hadapan Masjid Shah-Do Shamshira di Kabul.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Taliban dan sekutunya dipercayai sudah membunuh ramai bekas pegawai Afghanistan, anggota keselamatan dan individu yang bekerja dengan tentera antarabangsa sejak pengunduran tentera AS, tahun lalu. 

Perkara itu didedahkan menerusi satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dilihat oleh Reuters.  

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menghantar laporan kepada Majlis Keselamatan PBB yang menggambarkan kehidupan semakin teruk bagi 39 juta penduduk Afghanistan walaupun pertempuran dan pengambilalihan Taliban sudah berakhir Ogos tahun lalu. 

“Seluruh sistem sosial dan ekonomi yang kompleks ditutup,” katanya lapor Reuters. 

Laporan terbaharu dalam siri amaran yang dikeluarkan oleh Ketua PBB berkisarkan mengenai krisis kemanusiaan dan ekonomi selepas Taliban merampas Kabul dan badan antarabangsa menyekat bantuan kewangan. 

Guterres mengesyorkan majlis itu meluluskan penstrukturan semula misi PBB bagi menangani situasi itu termasuk mewujudkan unit pemantauan hak asasi manusia baharu. 

Wakil PBB menerima ‘dakwaan yang boleh dipercayai mengenai pembunuhan, kehilangan secara paksa dan pelanggaran lain’ terhadap bekas pegawai, anggota pasukan keselamatan dan individu yang bekerja bagi tentera antarabangsa yang diketuai AS, walaupun Taliban mengumumkan pengampunan secara umum. 

Laporan tersebut turut mempercayai lebih 100 individu dibunuh dan lebih dua pertiga didakwa Taliban atau sekutu mereka sejak 15 Ogos lalu. 

Terdapat juga dakwaan yang mengatakan berlaku pembunuhan terhadap 50 orang yang disyaki merupakan anggota kumpulan Daesh.

“Pembela hak asasi manusia dan petugas media terus diserang, diancam, diganggu, ditangkap sewenang-wenangnya, menerima layanan buruk serta kes pembunuhan,” katanya.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya