Pasangan Jepun ceroboh sekolah selepas 40 tahun - Utusan Malaysia

Pasangan Jepun ceroboh sekolah selepas 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOKKAIDO: Seorang bekas pelajar berusia 63 tahun memecah masuk sekolah lamanya di utara Jepun bagi mendapatkan semula barangan yang dirampas oleh gurunya lebih 40 tahun lalu.

Lapor SoraNews24, lelaki itu bersama teman wanitanya berusia 58 tahun memecah masuk kawasan sekolah yang ditutup semasa cuti musim sejuk di Mikasa, Hokkaido.

Lelaki itu berharap dapat mencari maklumat mengenai gurunya dalam rekod sekolah.

Pasangan itu merupakan bekas pelajar sekolah menengah tersebut dan memutuskan mendapatkan barangan tersebut selepas beberapa dekad.

Seorang pekerja di sekolah itu terdengar pasangan itu bercakap kuat selepas berjaya memasuki bilik kakitangan.

Dia kemudian menghubungi pihak polis dan pasangan itu ditangkap kerana menceroboh.

Kedua-dua bekas pelajar itu dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika ditangkap.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN