Mengata Tuhan umat Islam lemah, pertubuhan Islam buat laporan polis - Utusan Malaysia

Mengata Tuhan umat Islam lemah, pertubuhan Islam buat laporan polis

FERDINAND HUTAHAEAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penggiat media sosial, Ferdinand Hutahaean dilaporkan kepada polis oleh sebuah pertubuhan Islam di Makassar, Sulawesi Selatan berhubung ciapannya di Twitter yang disifatkan menyinggung perasaan umat Islam.

CNN Indonesia melaporkan, Ferdinand Hutahaean dilaporkan kepada Polis Sulawesi Selatan dengan laporan polis bernombor STTLP/B/14/1/2022/SPKT/Polis Sulawesi Selatan bertarikh 5 Januari 2021.

“Kami sengaja melaporkan Ferdinand ini kerana ciapannya diduga mengandung unsur ujaran kebencian,” kata Ketua Briged Muslim Indonesia (BMI), Zulkifli.

Tweet Ferdinand Hutahaean di Twitter dianggap oleh Zulkifli sebagai menyinggung perasaan umat Islam di Indonesia.

Menurutnya, Ferdinand juga telah membandingkan agamanya dengan agama lain.

“Pada pendapat kami, ini adalah ayat yang sengaja membandingkan Tuhannya dan Tuhan manusia yang lain, di mana Tuhannya diletakkan sebagai Tuhan yang sebenar yang mempunyai segala-galanya, sedangkan Tuhan orang Islam adalah Tuhan yang lemah,” katanya.

Zulkifli meminta pegawai penguat kuasa segera menyiasat Ferdinand Hutahaean berhubung tweetnya yang disifatkan menyebarkan ucapan kebencian.

Menurutnya, ini boleh mencetuskan konflik antara masyarakat agama di Indonesia.

“Kita tidak boleh maafkan dia, lebih-lebih lagi selepas mendengar penjelasannya yang kita anggap asal bicara sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Ferdinand Hutahaean, menjelaskan tweetnya di media sosial Twitter peribadinya tentang: “Sayangnya Tuhan kamu lemah, kamu perlu dibela. Bagi saya Tuhanku luar biasa, maha kuasa”.

Dia kemudian mendakwa bahawa tweet itu tidak menyasarkan mana-mana kumpulan atau agama tertentu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN