Manusia boleh hidup sehingga usia 130 tahun? - Utusan Malaysia

Manusia boleh hidup sehingga usia 130 tahun?

REKOD semasa bagi individu paling tua pernah hidup dipegang oleh Jeanne Calment yang meninggal dunia pada 1997 ketika berusia 122 tahun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan pakar mendakwa manusia boleh hidup sehingga usia 130 tahun, dalam tempoh 80 tahun lagi.

Malah, saintis di HEC Montreal di Kanada mencadangkan had jangka hayat maksimum manusia boleh melonjak sehingga 180 tahun menjelang akhir abad ini.

Lapor Daily Mail, pembantu profesor Leo Belzile berkata, rekod bagi individu paling tua yang pernah hidup itu boleh dicapai pada tahun 2100. 

Dilaporkan, rekod semasa bagi individu paling tua pernah hidup dipegang oleh seorang wanita Perancis, Jeanne Calment yang meninggal dunia pada 1997 ketika berusia 122 tahun.

Belzile menegaskan beberapa set data tidak mencadangkan wujudnya sebarang had maksimum pada jangka hayat manusia dan ‘ia berada jauh melebihi mana-mana hayat individu yang belum diperhatikan’.

Beliau turut memberi amaran lebih ramai orang melangkaui had jangka hayat semasa yang dilihat bakal membawa kesan besar kepada masyarakat.    

Amaran itu dibuat menerusi kertas kerja yang diterbitkan dalam Annual Review of Statistic and its Application. 

Antara kesannya adalah bil perubatan melambung tinggi disebabkan orang ramai akan mengalami penyakit akibat usia tua melampau. 

Ia juga akan memberi kesan mendalam terhadap penjagaan sosial dan pencen.

Program keselamatan sosial lain juga akan menghadapi krisis kerana lebih ramai orang bergantung padanya berbanding sebelum ini dengan pembayar cukai yang lebih rendah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya