Manusia boleh buta jika tinggal di planet lain - Utusan Malaysia

Manusia boleh buta jika tinggal di planet lain

BULAN dilihat bersama planet Marikh pada 5 September 2020, di Cali, Colombia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Satu kajian mendapati manusia boleh menjadi buta sekiranya tinggal di planet lain atau pernah melakukan pengembaraan ke angkasa lepas. 

Lapor Daily Star, kajian itu itu dicapai selepas penyelidik melakukan kajian terhadap bahagian otak dan kesan graviti terhadap penglihatan kepada angkasawan yang pernah mengembara ke sana.   

Kajian itu turut dilakukan selepas angkasawan memaklumkan mereka perlu memakai cermin mata selepas pulang ke bumi.  

Saintis melihat Sindrom Neuro-Okular (SANS) berkaitan penerbangan angkasa dan membandingkan imbasan otak sebelum dan selepas pelayaran angkasa lepas. 

Kajian mendapati semakin lama angkasawan berada di angkasa, penglihatan mereka menjadi semakin kabur dan mereka mempunyai masalah penglihatan. 

Pakar dari Universiti Perubatan Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) berkata, angkasawan terpaksa membawa sepasang cermin mata tambahan apabila mereka mengembara ke angkasa. 

“Mereka tahu penglihatan akan semakin merosot di sana dan mula memakai ‘cermin mata jangkaan angkasa’. 

Sebelum ini, seorang bekas ketua Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) berkata, planet Marikh boleh didiami manusia dengan syarat memasang medan magnet di sekeliling planet merah itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya