Majlis kahwin puteri Brunei diadakan 10 hari berturut-turut - Utusan Malaysia

Majlis kahwin puteri Brunei diadakan 10 hari berturut-turut

PUTERI Fadzillah Lubabul Bolkiah melangsungkan perkahwinan dengan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Majlis perkahwinan puteri Sultan Brunei, Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah berlangsung dalam suasana meriah dan mewah.

Lapor NDTV, majlis perkahwinan puteri itu diadakan selama 10 hari berturut-turut bermula 16 hingga 25 Januari lalu.

Fadzillah merupakan anak kesembilan dari 12 adik beradik dan beliau berkahwin dengan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi yang berasal dari Iraq dan menetap di Kanada.

Fadzillah, 36 tahun, merupakan anak kepada Mariam iaitu isteri kedua Sultan Hassanal Bolkiah sebelum bercerai pada 2003.

Hassanal dan Mariam dikurniakan empat orang anak, termasuk Putera Mateen yang kini berusia 30 tahun.

Majlis perkahwinan itu berlangsung di kediaman rasmi Hassanal iaitu Istana Nurul Iman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya