M15 bagi amaran 'ejen China' menyusup di Parlimen UK - Utusan Malaysia

M15 bagi amaran ‘ejen China’ menyusup di Parlimen UK

CHRISTINE LEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Agensi perisikan Britain, M15 memberi amaran kepada golongan ahli politik United Kingdom (UK) mengenai seorang wanita yang diupah oleh Parti Komunis China bagi mempengaruhi ahli Parlimen di negara ini.  

Lapor Reuters, M15 menghantar amaran dan gambar wanita bernama Christine Lee dan mendakwa dia ‘terlibat dalam aktiviti politik’ di UK. 

Speaker Parlimen, Lindsay Hoyle yang mengeluarkan amaran itu mendapati Lee didakwa memberikan sumbangan kepada ahli politik dengan dana diperoleh dari negara asing iaitu China dan Hong Kong.

Katanya, Lee terlibat dengan ahli Parlimen dari parti politik yang dibubarkan sebelum ini, iaitu Cina di Britain. 

Menteri Dalam Negeri Britain, Priti Patel menjelaskan kehadiran wanita itu menjadi ‘kebimbangan mendalam’ pihak berkuasa negara, terutamanya melibatkan individu yang mungkin bekerja bagi pihak Parti Komunis Cina dan mempunyai niat untuk menjejaskan sistem politik UK.

Wanita itu juga dipercayai merupakan pengasas firma guaman yang mempunyai pejabat di London dan Birmingham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya