Lelaki dibaham buaya selepas telefon keluarga - Utusan Malaysia

Lelaki dibaham buaya selepas telefon keluarga

SEORANG buruh maut dibaham buaya ketika menyeberangi tali air di Kayuagung, Sumatera Selatan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAYUAGUNG: Seorang buruh di Kayuagung, Sumatera Selatan maut dibaham buaya selepas bercakap telefon dengan keluarganya.

Mangsa yang dikenali sebagai Arpa Gunawan, 28 tahun, bersama dua rakannya pergi ke tepi tali air di Air Sugihan untuk mencari isyarat telefon bagi menghubungi keluarganya.

Setelah selesai bercakap dengan keluarganya, mangsa menyeberangi tali itu dengan berenang sebagai jalan pintas untuk pulang semula ke kuarters pekerja.

Tidak sempat sampai ke tepian, mangsa dibaham buaya sebelum diseret ke dalam air.

Insiden itu disahkan oleh jurucakap polis, Apriansyah selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, polis bersama pasukan keselamatan berusaha mencari mayat mangsa dengan menelusuri tali air berkenaan dan melakukan pemeriksaan di kawasan semak.

“Dua rakan mangsa sempat sampai ke daratan dan menjerit meminta tolong, selain cuba mencari mangsa di tepi tali air tersebut

“Selepas beberapa jam pencarian, mayat mangsa akhirnya ditemukan dan diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN