Laman web rasmi Kerajaan Ukraine digodam - Utusan Malaysia

Laman web rasmi Kerajaan Ukraine digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kerajaan Ukraine melaporkan beberapa laman web rasmi milik kementerian negara itu mengalami serangan siber besar-besaran.

Serangan itu berlaku susulan ketegangan antara Rusia dan Barat berhubung isu Ukraine yang menyaksikan beberapa pusingan dialog gagal.

Kementerian Pendidikan Ukraine menerusi Facebook memaklumkan laman webnya tergendala disebabkan serangan siber secara global yang berlaku pada waktu malam.

Laman web lain yang turut digodam termasuk Kementerian Luar dan Kecemasan negara itu.

Tiada mana-mana pihak tampil bertanggungjawab terhadap insiden serangan itu.

Laman web Kementerian Luar itu memaparkan sementara mesej dalam bahasa Ukraine, Rusia dan Poland yang menyifatkan serangan itu sebagai tindak balas kepada pendirian pro-Barat Ukraine.

“Rakyat Ukraine! Semua data peribadi anda telah dipadamkan dan mustahil untuk dipulihkan.

“Semua maklumat tentang anda sudah diketahui umum dan anda sepatutnya takut serta menjangkakan perkara paling teruk berlaku,” tulis mesej yang tertera itu.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.