Kes Covid-19 di seluruh dunia melebihi 300 juta - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 di seluruh dunia melebihi 300 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan Universiti Johns Hopkins mengesahkan kes Covid-19 di seluruh dunia sudah mencecah lebih 300 juta jangkitan setakat ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, AS merekodkan sebanyak 58,449,898 kes dengan 833,957 kematian, sekali gus menjadi paling tinggi di dunia.

Jumlah itu sekali gus menyumbang sebanyak 19 peratus daripada kes global dan 15 peratus kematian global yang kini semakin hampir 5.5 juta orang.

Selain itu, jumlah kes jangkita di seluruh dunia mencecah 100 juta pada 26 Januari 2021 sebelum meningkat kepada 200 juta pada Ogos tahun lalu.

Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria van Kerkhove berkata, program vaksinasi berhasil mengurangkan penularan jangkitan, selain membantu menentang varian yang ada.

Beliau juga menegaskan vaksin berkesan menentang jangkitan serius dan mengurangkann kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN