Kereta api tergelincir di India, lima maut - Utusan Malaysia

Kereta api tergelincir di India, lima maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima maut dan 45 lagi cedera dalam nahas kereta api yang berlaku di Bengal Barat, India semalam.

Dalam insiden itu, sebanyak 12 gerabak kereta api Ekspres Guwahati-Bikaner tergelincir dari landasan berhampiran bandar Maynaguri di daerah Jalpaiguri.

Media tempatan melaporkan, nahas berlaku ketika kereta api itu dalam perjalanan dari Patna di Bihar ke Guwahati di timur laut Assam.

Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee berkata, pasukan keselamatan dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Dalam pada itu, mangsa yang terselamat turut berkongsi detik cemas yang mereka lalui.

Mereka memaklumkan, gerabak kereta api bergoyang dan bagasi yang disimpan di bahagian atas terjatuh berselerakan. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN