Kem terbakar, 5,000 pelarian Rohingya hilang tempat tinggal - Utusan Malaysia

Kem terbakar, 5,000 pelarian Rohingya hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Ribuan pelarian Rohingya hilang tempat tinggal selepas kebakaran memusnahkan sebahagian kem pelarian di tenggara Bangladesh. 

Jurucakap Batalion Polis Bangladesh yang merupakan pengawal utama di kem penempatan Cox’s Bazar, Kamran Hossain berkata, sebanyak 1,200 rumah terbakar dalam kebakaran itu. 

Katanya, kebakaran bermula dari Kem 16 dan merebak ke seluruh khemah perlindungan yang dibuat dari buluh pada pukul 4.40 petang semalam dan api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian.  

Jelasnya, setakat ini, lebih 5,000 pelarian kehilangan tempat tinggal. 

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dengan hal ehwal pelarian berkata, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan siasatan giat dilakukan ketika ini.

Seorang pelarian, Abdur Rashid, 22, berkata, api merebak terlalu pantas dan dia terpaksa menyelamatkan keluarganya terlebih dahulu. 

“Semua barang dalam rumah musnah terbakar dan mujur anak serta isteri sudah keluar rumah semasa kejadian,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN