Kanak-kanak ditinggal tepi jalan oleh ibu bapa alami kemurungan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak ditinggal tepi jalan oleh ibu bapa alami kemurungan

TANGKAP layar video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menangis selepas ditinggalkan ibu bapanya di tepi jalan di Medan, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seorang kanak-kanak lelaki ditinggalkan oleh ibu bapanya selepas dia diturunkan dari kenderaan di tepi jalan dalam satu kejadian di Medan Baru, Medan baru-baru ini.

Insiden tersebut disedari oleh seorang wanita yang ketika itu melalui jalan tersebut.

Menerusi media sosial, wanita itu yang menggunakan nama @cikha_queen24 menceritakan, dia ternampak sebuah kenderaan berwarna hitam menurunkan seorang kanak-kanak lelaki kemudian berlalu pergi.

“Saya terus pergi ke arahnya dan melihat kanak-kanak itu menangis sekuat hati dan dia memberitahu dia ditinggalkan oleh ibunya.

“Kemudian, orang ramai mula menghampiri kanak-kanak itu dan cuba menenangkannya yang masih menangis kerana ketakutan,” kata wanita tersebut.

Kemudian, orang ramai membawa kanak-kanak itu ke balai polis dan jurucakap polis memaklumkan mereka sudah menerima laporan mengenai insiden yang  berlaku.

“Kami dapat menghubungi ibu bapa kanak-kanak itu dan mereka sudah datang mengambilnya.

“Polis masih menyiasat motif pasangan suami isteri itu meninggalkan anak mereka di tepi jalan dan berdasarkan maklumat awal, mereka mengalami tekanan perasaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya