Kalimantan Timur bukan tempat ‘buang jin’ - Utusan Malaysia

Kalimantan Timur bukan tempat ‘buang jin’

ILUSTRASI artis mengenai bangunan kediaman rasmi Presiden Indonesia di Kalimantan Timur yang dipilih sebagai ibu negara baharu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN: Pertubuhan Pemuda Lintas Agama Kalimantan Timur menegaskan Kalimantan Timur yang bakal menjadi ibu negara baharu Indonesia menggantikan Jakarta bukanlah tempat ‘membuang jin’.

Kenyataan tersebut dibuat selepas pertubuhan itu membuat laporan polis terhadap bekas calon ketua daerah dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Edi Mulyadi yang menyifatkan Kalimantan Timur sebagai ‘tempat membuang perkara kotor’.

Jurucakap pertubuhan itu, Daniel A Sihotang berkata, tuduhan yang dibuat oleh Edi amat berat dan jelas menghina penduduk Kalimantan.

“Kerajaan sudah meneliti sebaik-baiknya untuk menjadikan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu Indonesia dan dia (Edi) senang-senang cakap tempat itu untuk buang jin.

“Kenyataan Edi juga boleh mencetuskan kebencian dan permusuhan antara pelbagai pihak,” katanya.

Sehubungan itu, Daniel berharap Edi akan dikenakan tindakan sewajarnya kerana mengeluarkan kenyataan menghina keputusan kerajaan.

Terdahulu, tersebar satu video menunjukkan Edi menyebut Kalimantan Timur adalah lokasi buang jin dan tidak sesuai dijadikan ibu negara baharu.

Edi mempersoalkan, ada banyak lokasi lain yang boleh dijadikan ibu negara, tetapi mengapa tempat buang jin itu yang dipilih?

Selain itu, ada pihak lain dalam video tersebut menyatakan hanya ‘monyet’ yang mahu duduk di Kalimantan Timur.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya