'Isteri saya masih genggam plastik kuihnya selepas dilanggar' - Utusan Malaysia

‘Isteri saya masih genggam plastik kuihnya selepas dilanggar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIKPAPAN: Seorang penjual kuih merupakan antara empat orang yang maut dalam kemalangan ngeri di Balikpapan baru-baru ini.

Wanita itu yang dikenali sebagai Fatmawati akan menjual kuih setiap hari demi membantu suaminya mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak mereka.

Namun, hari itu hari terakhir Fatmawati menjual kuihnya apabila dia menjadi mangsa yang terkorban akibat kemalangan tersebut.

Menurut suaminya, Isrwansyah, mayat isterinya ditemukan sambil tangannya masih menggenggam plastik kuih jualannya.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian memaklumkan, isteri saya tercampak sejauh beberapa meter, menyebabkan topi keledarnya pecah dan tangannya masih menggenggam plastik mengandungi kuih jualannya.

“Kemalangan ini bukan biasa-biasa, malah amat mengerikan. Saya reda dengan pemergian isteri saya,” katanya.

Fatmawati meninggalkan tiga anak yang masing-masing berusia 20, 18 dan 13 tahun.

Anak sulungnya, Resita menceritakan, keluarganya terlalu terkejut dengan berita itu sehinggakan mereka tidak tahu di mana untuk menuntut jenazah ibunya.

Katanya, keadaan menjadi kelam kabut dan sugul.

“Kami keliru dengan apa yang berlaku sehinggakan tidak tahu jenazah ibu dibawa ke hospital mana,” ujarnya.

Kemalangan itu melibatkan sebuah lori kontena yang merempuh deretan kenderaan dan motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat sehingga menyebabkan empat maut dan 22 cedera.

Rakaman video menunjukkan dua kenderaan pacuan empat roda, dua kereta, dua van mini, enam kenderaan pelbagai guna dan 14 motosikal remuk di lokasi kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN