Ingatkan dapat hadiah iPhone, rupa-rupanya... - Utusan Malaysia

Ingatkan dapat hadiah iPhone, rupa-rupanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Saat ketika seorang lelaki membuka kotak hadiah menjadi tular dalam media sosial di negara ini.

Hal ini kerana, reaksi wajah lelaki itu yang termenung selepas membuka kotak hadiah tersebut mencuit hati pelbagai pihak.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam TikTok, seorang lelaki dilihat membuka kotak hadiah yang diberikan oleh rakan-rakannya.

Selepas balutan kertas dibuka, lelaki itu tersenyum kerana melihat kotak iPhone dan menyangka rakan-rakannya menghadiahkannnya telefon pintar tersebut.

Kemudian, dapat didengar suara rakan-rakannya menyuruh lelaki itu segera membuka kotak telefon tersebut.

Lelaki itu kemudiannya membuka kotak tersebut secara perlahan-lahan sebelum riak wajahnya berubah, selain terdiam seketika.

Hal ini kerana, hadiah yang disangkakan adalah telefon pintar iPhone rupa-rupanya bungkusan sabun Daia.

Melihat riak wajahnya, rakan-rakan lelaki itu ketawa terbahak-bahak sambil dia termenung lesu.

Video itu mendapat pelbagai komen daripada pengguna TikTok.

Ada yang berpendapat tidak wajar lelaki itu ditipu dan ada pula berpandangan hal itu sebagai gurauan semata-mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN