JAWA TIMUR: Seorang wanita di Jember tergamak mendera anak kandungnya berusia enam tahun sehingga maut hanya disebabkan buang air kecil dalam seluar.
Lapor Kompas.com, mangsa maut selepas mengalami lebam di tubuhnya selepas dipukul dengan penyapu berulang kali.
Wanita itu juga tidak berhati perut apabila memukul kepala mangsa dengan gayung.
Suspek mengaku kepada pihak polis mendera anaknya kerana mangsa buang air kecil dalam seluar.
Akibat pukulan itu, mangsa mengalami demam, sesak nafas dan muntah-muntah sebelum meninggal dunia.
Ketua Polis Jember, Fatchur Rahman berkata, kes penganiayaan terbongkar selepas penduduk curiga dengan keadaan tubuh mangsa yang dipenuhi luka.
Katanya, kes penganiayaan itu turut disedari oleh guru mangsa yang melihat kesan luka di sekolah.










