Ibu campak anak tiga tahun dalam kandang beruang - Utusan Malaysia

Ibu campak anak tiga tahun dalam kandang beruang

TANGKAP layar rakaman CCTV menunjukkan wanita itu mencampakkan anaknya ke dalam sebuah kandang beruang. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASHKENT: Seorang wanita bertindak zalim dengan mencampakkan anak perempuannya berusia tiga tahun ke dalam sebuah kandang beruang di sebuah zoo di ibu negara Uzbekistan, Tashkent.

Lapor Daily Star, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu dilihat mengangkat mangsa sebelum mencampakkannya ke kandang sedalam 4.87 meter.

Ketika kejadian, orang ramai cuba menghalang wanita itu, namun tidak berdaya melakukan apa-apa kerana tindakan berlaku terlalu cepat.

“Seekor beruang yang dinamakan Zuzu menghampiri dan menghidu anak kecil itu, sebelum menyembunyikan diri.

“Pekerja zoo berjaya membawa haiwan itu ke kawasan berasi ngan dan memasuki kandang tersebut dengan pantas untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut,” jelas laporan itu.

Seorang jurucakap pihak pengurusan zoo berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sehingga kini motif utama tindakan ganas wanita itu belum diketahui. Pengunjung dan pekerja zoo cuba menghalangnya namun gagal,” katanya.

Dilaporkan, anak kecil itu mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat hentakan kuat dan berada dalam keadaan stabil.

Wanita itu ditahan dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh yang boleh membawa hukuman penjara sekurangkurangnya 15 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.