YANGON: Mahkamah tentera Myanmar hari ini memutuskan pemimpin demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi bersalah atas tiga pertuduhan jenayah yang menyaksikan beliau dikenakan hukuman penjara selama empat tahun.
Suu Kyi ditahan junta tentera sejak rampasan kuasa berlaku pada 1 Februari tahun lalu.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh AFP, Suu Kyi, 76, didapati bersalah atas dua pertuduhan yang dikaitkan dengan mengimport dan memiliki alat komunikasi secara haram serta melanggar peraturan Covid-19.
Hukuman yang dikenakan hari ini secara tidak langsung menambah jumlah hukuman penjara yang dijatuhkan sebelum ini iaitu bagi kesalahan menghasut dan melanggar peraturan Covid-19.
Bagi kesalahan itu, Suu Kyi dikenakan hukuman penjara empat tahun.
Namun, Ketua Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing memendekkan hukuman tersebut kepada dua tahun dan membenarkan Suu Kyi menjalani hukumannya secara tahanan di rumah. – AFP










