Hanya catat tiga kes Covid-19, satu bandar kena 'lockdown' - Utusan Malaysia

Hanya catat tiga kes Covid-19, satu bandar kena ‘lockdown’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Lebih sejuta penduduk di Yuzhou di wilayah Henan dikenakan perintah berkurung selepas tiga kes jangkitan Covid-19 yang tidak bergejala dikesan di bandar tersebut.

Langkah itu diambil ketika China terus berusaha melaksanakan dasar ‘sifar Covid-19’ yang dianggap kebanyakan negara lain sebagai tidak masuk akal.

Perintah berkurung itu menyaksikan 1.17 juta penduduk Yuzhou tidak dibenarkan keluar dari rumah bermula semalam.

Terdahulu, pihak berkuasa di bandar itu sudah mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam akan dihentikan buat sementara waktu melibatkan bas dan teksi.

Selain itu, pusat beli-belah, muzium dan semua kawasan tumpuan pelancong juga akan ditutup.

China merekodkan sebanyak 175 kes baharu sehingga hari ini, termasuk lima di wilayah Henan dan lapan di bandar Ningbo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya