Gempa bumi 6.6 skala Ritcher landa Cyprus - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.6 skala Ritcher landa Cyprus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICOSIA: Gempa bumi sekuat 6.6 skala Ritcher dilaporkan melanda pantai barat Cyprus pada awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan yang berlaku.

Menurut USGS, gempa bumi kuat yang melanda kira-kira pukul 1.07 pagi (waktu tempatan), berpusat 48 kilometer (km) barat laut pekan Polis di pulau Mediterranean.

Jelas agensi itu, gegaran dirasai di seluruh Cyprus dan sekitar wilayah berkenaan termasuk di Turki, Israel dan Lubnan.

Gempa itu menggegarkan bangunan di sekitar ibu negara Nicosia sehingga memaksa orang yang terjaga berlari keluar ke jalanan.

“Ia amat menakutkan, seluruh bangunan itu bergegar tanpa henti.

“Ketika itu saya rasa ia tidak akan berakhir,” kata seorang penduduk di Nicosia.

Dilaporkan, gempa bumi itu turut mengejutkan orang ramai di selatan pulau tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN