Enggan bawa barang berharga, lelaki bawa rambutan ketika gempa bumi melanda - Utusan Malaysia

Enggan bawa barang berharga, lelaki bawa rambutan ketika gempa bumi melanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTEN: Gempa bumi sekuat 6.7 skala Richter yang menggegarkan Banten dan kawasan sekitarnya pada Jumaat lalu menyebabkan banyak penduduk lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Ada dalam kalangan mereka berusaha mengambil barangan berharga untuk dibawa lari bersama.

Namun, berlainan dengan seorang penduduk apabila dia sibuk ‘menyelamatkan’ buah rambutan berbanding barangan berharga.

Menerusi satu hantaran yang dibuat dalam Twitter, lelaki itu dilihat membawa seikat rambutan dan dia kelihatan tergesa-gesa bagi menyelamatkan diri segera.

“Orang lain bawa komouter riba, bawa emas, tapi lelaki ini bawa rambutan,” menurut kapsyen pada gambar tersebut.

Gambar itu mendapat ‘like’ yang banyak dengan kebanyakan pengguna media sosial beranggapan ia situasi yang lucu.

Ada pengguna berpendapat, lebih elok makanan diselamatkan dahulu ketika bencana alam berlaku bagi meneruskan kehidupan.

“Tidak guna bawa emas atau apa sahaja barang berharga jika perut lapar. Semua itu tidak boleh dimakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN