Dunia belum tahu keadaan di Tonga, sistem komunikasi masih terputus - Utusan Malaysia

Dunia belum tahu keadaan di Tonga, sistem komunikasi masih terputus

IMEJ yang dirakam Pasukan Pertahanan New Zealand menunjukkan kawasan Nomuka di Tonga diselaputi debu gunung berapi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Satu isyarat kecemasan dikesan di kepulauan Tonga selepas berlaku letusan gunung berapi yang mencetuskan tsunami ketika kematian pertama direkodkan.

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menzahirkan kebimbangan mengenai keadaan di dua pulau iaitu Mango dan Fonoi selepas pesawat pemantau mengesahkan terdapat kerosakan teruk di dua kawasan berkenaan.

“Satu isyarat kecemasan dikesan dari Mango yang mempunyai lebih 30 penduduk,” menurut OCHA.

Tiga hari selepas bencana berlaku, sistem komunikasi belum pulih dan banyak pihak tidak dapat menghubungi keluarga mereka di Tonga.

Selain itu, kerosakan besar dilaporkan berlaku kawasan pantai barat pulau utama, Tongatapu, dengan sejumlah resort dan rumah musnah dan dua orang hilang.

Maklumat lanjut mengenai dua orang yang hilang itu belum diketahui, namun abang kepada seorang rakyat Britain yang dihanyutkan tsunami memaklumkan mayat adiknya sudah ditemukan.

Nick Eleini memaklumkan, keluarganya berasa sedih dengan kematian adiknya, Angela Glover yang ketika kejadian cuba menyelamatkan anjingnya sebelum dihanyutkan tsunami.

Angela, 50, dan suaminya menetap di Tonga bagi menguruskan sebuah pusat kebajikan haiwan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN