China laksana 'lockdown' senyap-senyap di Beijing, cetus persoalan banyak pihak - Utusan Malaysia

China laksana ‘lockdown’ senyap-senyap di Beijing, cetus persoalan banyak pihak

PENDUDUK menjalani ujian asid nukleik bagi mengesan jangkitan Covid-19 di wilayah Zhejiang, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa China melaksanakan perintah berkurung secara senyap-senyap di sebuah kawasan di Beijing susulan sejumlah kes jangkitan Covid-19.

Tidak seperti kebiasaan, China kali ini tidak membuat sebarang pengumuman berhubung perintah berkurung yang dilakukan di Kawasan Baharu Xiong’an yang terletak 100 kilometer ke barat daya Beijing.

Dianggarkan 1.2 juta penduduk di kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari rumah sehingga notis pemberitahuan dikeluarkan.

Seorang pegawai perubatan memberitahu, perintah berkurung itu mungkin dilaksanakan selama seminggu.

Katanya, langkah itu diambil selepas pihak berkuasa mengesan sebanyak lima kes jangkitan Covid-19.

Beijing dijadualkan menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk bermula minggu depan dan beberapa pihak berpendapat kemungkinan perintah berkurung itu dilaksanakan secara senyap-senyap kerana dikhuatiri mencetuskan panik kepada pelbagai pihak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya