China janji tidak buli negara jiran di Laut China Selatan - Utusan Malaysia

China janji tidak buli negara jiran di Laut China Selatan

IMEJ satelit menunjukkan beberapa kapal milik China berlabuh di Terumbu Whitsun, 320 kilometer ke barat Bataraza di Palawan di Laut China Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: China menegaskan tidak akan menggunakan kekuatannya untuk menindas negara jiran yang lebih kecil, termasuk Filipina.

Penegasan itu disuarakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika membincangkan kepentingan menyelesaikan isu pertikaian di Laut China Selatan secara aman.

“Hanya mengutamakan tuntutan satu pihak dan meletakkan kehendak sendiri kepada pihak bukanlah cara terbaik untuk negara jiran melayan antara satu sama lain.

“Malah, pendekatan itu bertentangan dengan falsafah ketimuran mengenai bagaimana kita boleh hidup bersama,” katanya dalam forum maya anjuran Kedutaan China di Manila.

Kenyataan itu dibuat kurang dua bulan selepas Filipina mengecam tindakan China menyekat kapal yang menghantar bekalan tentera di Laut China Selatan.

Tuntutan wilayah secara meluas oleh China di Laut China Selatan, yang didakwa berasaskan peta sejarah meletakkan negara republik itu bertentangan dengan Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam yang turut menuntut bahagian masing-masing di perairan berkenaan.

Sebelum ini, Barat menyifatkan China bertindak agresif dan provokatif apabila mengerah ratusan kapal pengawal pantai dan nelayan di zon ekonomi eksklusif negara jiran, khususnya Filipina yang jauh dari China.

China mendakwa, tindakannya adalah berasas kerana kapal itu masih berada di dalam wilayahnya.

Wang berkata, China berharap dapat mengurus dan menyelesaikan isu itu secara teratur bersama Filipina dengan semangat muhibah dan pragmatisme. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN