Cessna 172 pesawat paling laris di dunia - Utusan Malaysia

Cessna 172 pesawat paling laris di dunia

LEBIH 45,000 buah pesawat Cessna 172 dihasilkan setakat ini. – TIM BOYLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu laporan mendedahkan model Cessna 172 disenaraikan sebagai pesawat awam paling laris dijual di dunia sepanjang zaman.

Penarafan itu berdasarkan jumlah penghantaran pesawat dilakukan setakat 31 Disember tahun lalu.

Memetik laporan CNN, setakat ini, lebih 45,000 pesawat Cessna 172 dikeluarkan dari 1968 sehingga hari ini.

“Cessna 172 merupakan pesawat awam paling berjaya dalam sejarah.

“Ia digunakan sebagai pesawat latihan di sekolah penerbangan dan dianggap salah sebuah pesawat paling dipercayai seluruh dunia,” jelas laporan itu.

Boeing 737 menduduki tempat kedua dalam senarai pesawat paling laris di dunia, dengan lebih 10,877 unit Boeing 737 dikeluarkan sejak tahun 1968 sehingga kini.

Meskipun ia menjadi model paling popular untuk penerbangan komersial di serata dunia, namun, nahas 737 MAX generasi keempat pada 2018 dan 2019 menjejaskan reputasi dan keuntungan syarikat Boeing.

Pesawat Airbus A320 pula berada kedudukan ketiga dalam senarai tersebut dengan sebanyak 10,176 unit dikeluarkan setakat ini.

Pesawat bombardier CRJ dan Boeing 727 masing-masing disenaraikan di tempat keempat dan kelima pesawat paling laris dijual di dunia.

Sebanyak 1,945 unit bombardier CRJ dikeluarkan sepanjang tahun 1991 hingga 2020 manakala 1,832 Boeing 727 dikeluarkan dari 1962 hingga 1984. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya