CCTV rakam bayangan malaikat maut? - Utusan Malaysia

CCTV rakam bayangan malaikat maut?

KELIBAT bayangan misteri dirakam ketika dua penjenayah merompak tiga orang di stesen minyak di Brazil. - NEWSFLASH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Sebuah rakaman kejadian rompakan di sebuah stesen minyak memaparkan satu imej bayangan berlegar-legar di sekitar dua penjenayah sejurus sebelum mereka ditembak mati oleh polis, menjadi tular di laman media sosial.

Lapor Daily Star, beberapa pengguna media sosial mendakwa imej bayangan itu merupakan Grim Reaper atau malaikat maut.

Sesetengah pihak menganggap figura Grim Reaper muncul sejurus sebelum seseorang meninggal dunia untuk mengambil jiwa mereka.  

Menurut pengguna media sosial, kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu merakam kelibat hantu itu.

Video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan dua perompak berkenaan menunggang motosikal mereka menuju ke stesen minyak di Moju, Para, utara Brazil pada malam Tahun Baharu.

Rakaman itu menunjukkan perompak tersebut memberhentikan motosikal di sebuah pam agar individu di belakangnya boleh turun. 

Kedua-dua perompak itu kemudian merompak tiga orang termasuk dua pekerja di pam stesen minyak tersebut.

Mangsa dilihat tidak bergerak dan mengangkat tangan ketika perompak mengambil barang-barang milik mereka.      

Satu kelibat bayangan misteri di hadapan kedai serbaneka di stesen minyak itu dikatakan seperti mengintai dan bergerak seolah-olah mengawasi tindakan perompak tersebut.

Beberapa pengguna media sosial mendakwa imej tersebut sebagai Dark Angel of Death yang datang untuk mencabut nyawa dua perompak berkenaan. 

Sementara itu, NewsFlash melaporkan kejadian tembak menembak berlaku selepas perompak tersebut enggan menyerah diri apabila ditahan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya