Bilionair cilik sudah miliki rumah sendiri ketika usia enam tahun - Utusan Malaysia

Bilionair cilik sudah miliki rumah sendiri ketika usia enam tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Usianya baru mencecah sembilan tahun dan Mompha Junior sudah pun memiliki sebuah kediaman mewah serta sejumlah kereta sport yang diberikan oleh bapanya yang merupakan seorang selebriti internet.

Pempengaruh muda itu yang mendapat jolokan ‘bilionair termuda’ mempunyai seramai 25,700 pengikut dalam Instagram, di mana dia sering berkongsi ‘gaya hidup mewahnya’.

Junior sering bergambar dengan pelbagai jenis kereta mewah, selain mengenakan pakaian jenama mewah termasuk Versace dan Gucci.

Lapor Daily Mail, Junior mempunyai rumah pertamanya ketika berusia enam tahun dan berpeluang mengembara ke seluruh dunia menggunakan jet peribadi bersama bapanya, Ismailia Mustapha yang turut dikenali sebagai Mompha, 42 tahun.

Ketua Pengarah Eksekutif Lagos Bureau De Change itu dilaporkan mempunyai nilai kekayaan berjumlah AS$15 juta (RM63 juta).

Biarpun belum boleh memandu, Junior dihadiahkan sejumlah kereta sport mewah dengan antaranya Ferrari berwarna kuning yang diletakkan di kediaman mewah di Dubai.

Bapanya sering berulang alik dari Lagos dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menjalankan perniagaannya.

Sementara itu, Mompha sebelum ini didakwa oleh suruhanjaya pencegahan rasuah Nigeria kerana terlibat menggelapkan duit bernilai 10 juta pound (RM56 juta) dan cuba menyembunyikan harta sebenar.

Namun, lelaki jutawan itu menafikan kesemua dakwaan tersebut dan kini menunggu untuk perbicaraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.