Bekas ahli politik Indonesia lakukan perhambaan moden, kurung 27 buruh dalam rumah - Utusan Malaysia

Bekas ahli politik Indonesia lakukan perhambaan moden, kurung 27 buruh dalam rumah

SERAMAI 27 buruh paksa ditemukan dalam dua penjara di rumah Terbit Rencana. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAT: Bekas Ketua Daerah (Bupati) Langkat di Sumatera Utara, Terbit Rencana Perangin-angin, didakwa melakukan perhambaan moden melibatkan puluhan buruh paksa.

TERBIT RENCANA PERANGIN-ANGIN

Kes tersebut terbongkar selepas Terbit Rencana ditahan dalam satu operasi dan didedahkan oleh Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care).

Menurut Ketua Migrant Care, Anis Hidayah, pihaknya menerima laporan mengenai ‘sangkar kurungan berupa penjara’ di dalam rumah Terbit Rencana.

“Penjara itu dipercayai digunakan oleh Terbit Rencana untuk mengurung puluhan buruh paksa yang bekerja di ladang kelapa sawit miliknya.

“Terdapat dua tempat kurungan di dalam rumah Terbit Rencana dan ‘dihuni’ seramai 27 orang,” katanya.

Jelas Anis, kesemua buruh paksa itu tidak dibayar gaji dan diarahkan bekerja selama 10 jam setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang, selain diberi makan dua kali sehari.

Katanya, selepas mereka habis bekerja, kesemua buruh itu akan dikurung dalam penjara berkenaan dan tidak dibenarkan keluar tanpa urusan penting.

“Semua buruh itu tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mana-mana pihak, selain mereka akan dipukul dan diseksa dalam penjara tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, jurucakap polis, Hadi Wahyudi memaklumkan, penjara itu dipercayai dibina sejak 2012 dan dimaklumkan fungsinya adalah untuk merawat golongan penagih dadah di kawasan tersebut.

“Terbit Rencana sebelum ini diminta mendapatkan permit untuk mendirikan penjara itu, namun sehingga kini tiada permohonan dibuat.

“Apa yang dilakukan oleh Terbit Rencana jelas melanggar undang-undang,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya