Bapa dikelar hanya kerana mahu kahwin lagi - Utusan Malaysia

Bapa dikelar hanya kerana mahu kahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang anak tergamak membunuh bapanya yang berusia 80 tahun di bandar Rajgurunagar selepas mengetahui mangsa sudah mendaftarkan nama ke pejabat pendaftar perkahwinan untuk berkahwin lagi.

Lapor India Today, suspek, Shekhar Borhaade, 45, menyerah diri ke Balai Polis Rajguru dan mengaku bertanggungjawab dengan jenayah tersebut.

Difahamkan, Shekhar hilang kawalan selepas mengetahui bapanya mahu berkahwin semula dan mengelar leher mangsa dengan pisau.

Suspek turut mengambil batu pengisar dan menghempas kepala bapanya berulang kali.

Kemudian, dia cuba memenggal kepala bapanya dengan mengasah pisau di dapur.

Inspektor Satish Kumar Gaurav mengesahkan kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN