Bangladesh tahan abang ketua kumpulan pemberontak Rohingya - Utusan Malaysia

Bangladesh tahan abang ketua kumpulan pemberontak Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR: Polis Bangladesh hari ini memaklumkan mereka menahan abang kepada seorang ketua pemberontak yang didakwa sebelum ini terlibat dalam beberapa kes pembunuhan dan pengedaran dadah di kem pelarian etnik Rohingya.

Negara ini menempatkan kira-kira 850,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri dari negeri Rakhine akibat tindakan kekerasan tentera Myanmar selama beberapa tahun.

Kumpulan pemberontak Tentera Arakan (ARSA) sebelum ini didakwa bertanggungjawab dalam beberapa kes pembunuhan melibatkan ahli politik pembangkang, sindiket pengedaran dadah dan mencetuskan ketakutan dalam kalangan pelarian Rohingya di kem.

Mohammad Shah Ali ditahan petang semalam oleh polis Bangladesh dan merupakan abang tiri kepada ketua ARSA, Ataullah Abu Ammar Jununi.

MOHAMMAD ALI SHAH

“Mohammad Shah Ali ditahan di sebuah kem berhampiran Cox’s Bazar dengan sejumlah senjata dan dadah,” kata polis.

Berdasarkan soal siasat, lelaki itu mengakui dia mempunyai kaitan dengan ARSA dan sering berhubung dengan Ataullah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN