Ashanty berang dilabel 'beban negara' selepas positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Ashanty berang dilabel ‘beban negara’ selepas positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selebriti terkenal Indonesia, Ashanty berang selepas dia dilabel sebagai ‘beban negara’ apabila mengumumkan dirinya positif Covid-19 selepas pulang bercuti dari Turki.

Pengumuman yang dibuat oleh isteri kepada Anang Hermansyah menerusi media sosial itu mendapat pelbagai reaksi daripada para peminatnya.

Seorang daripada pengguna media sosial meninggalkan komen ‘beban negara’ dalam ruangan komen menyebabkan Ashanty bersuara mengenai perkara tersebut.

Penyanyi berusia 37 tahun itu memberitahu, dia mula menjalani kuarantin di Hotel Sahid selepas tiba di Jakarta.

“Saya bukan beban negara kerana semua perbelanjaan yang dikeluarkan adalah menggunakan duit sendiri, bukan guna duit kerajaan.

“Saya mungkin jadi beban negara jika kuarantin di pusat yang disediakan kerajaan seperti di Wisma Atlet.

“Namun, saya kini mendapatkan rawatan di hospital swasta dan mengeluarkan duit sendiri untuk semua kos,” katanya.

Ada juga pengguna media sosial berharap kisah artis yang positif Covid-19 tidak akan menjejaskan keadaan di Indonesia yang ketika ini sudah pun terkesan akibat pandemik.

“Aduh-aduh, semoga Covid-19 di Indonesia tidak kembali memuncak. Kasihan rakyat jelata yang mula bangkit, takut hancur lagi,” tulis seorang pengguna dengan nama @yuki_tendon.

Sementara itu, Ashanty turut menafikan dia positif Covid-19 sejak dari Turki.

“Jika saya positif, bagaimana saya boleh naik pesawat dan pulang ke Indonesia? Tolong komen dengan bijak,” tegasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya