Anggota polis, dua penjenayah mati ditembak - Utusan Malaysia

Anggota polis, dua penjenayah mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Seorang anggota polis dan dua penjenayah terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan di ibu negara Pakistan, semalam.

Kejadian yang berlaku pada waktu malam itu bermula selepas dua penjenayah menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah pihak polis yang bertugas di pusat pemeriksaan Islamabad.

“Seorang anggota polis terbunuh manakala, dua anggota lain mengalami kecederaan di kawasan itu,” kata polis dalam kenyataan.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Pakistan mengarahkan siasatan segera mengenai insiden tersebut.

Kejadian tersebut menimbulkan persoalan keselamatan di ibu negara yang dikawal ketat yang menempatkan berpuluh-puluh kedutaan asing di sana.

Sehingga kini, tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Pegawai Kanan Polis Islamabad, Shahid Zaman berkata, insiden tersebut merupakan ‘tindakan keganasan’.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN