Aktivis prodemokrasi Hong Kong, Edward Leung dibebaskan - Utusan Malaysia

Aktivis prodemokrasi Hong Kong, Edward Leung dibebaskan

EDWARD Leung - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Seorang aktivis prodemokrasi, Edward Leung dibebaskan dari penjara awal pagi tadi, setelah menjalani hukuman selama empat tahun atas penglibatannya dalam satu protes pada 2016.

Leung merupakan aktivis yang mencipta slogan protes popular iaitu `Bebaskan Hong Kong dan Revolusi Zaman Kita’.

Lapor Al Jazeera, Leung merupakan aktivis kemerdekaan terkemuka dan jurucakap Hong Kong Indigenous, sebuah kumpulan pro-kemerdekaan yang lantang bersuara mengenai `lokalisme’ dan keperluan untuk mengekalkan identiti bandar itu yang tersendiri.

Aktivis berusia 30 tahun itu didapati bersalah menyerang seorang pegawai polis dan merusuh dalam apa yang digelar sebagai `Revolusi Fishball’ pada 2016.

Dilaporkan, Leung ditahan di penjara berkawalan keselamatan tinggi.

Pergolakan bermula apabila pihak berkuasa cuba membanteras penjaja tidak berlesen yang menjual makanan di tepi jalan semasa cuti Tahun Baharu Lunar di daerah Mong Kok, di tengah-tengah kebimbangan tindakan demikian merupakan serangan terhadap tradisi tempatan.

Berdasarkan laporan media tempatan, Leung pada mulanya dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun.

Namun, hukuman penjara Leung dikurangkan dua tahun kerana berkelakuan baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.