500 bangunan musnah akibat letupan besar di Ghana - Utusan Malaysia

500 bangunan musnah akibat letupan besar di Ghana

ORANG ramai berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan akibat letupan kuat di Apiate, barat Ghana.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOSO: Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan 59 yang lain cedera selepas sebuah trak membawa bahan letupan yang digunakan dalam aktiviti perlombongan bertembung dengan motosikal dan meletup di barat Ghana. 

Letupan berlaku di Apiate antara bandar Bogoso dan Bawdie selepas motosikal tersebut terperosok di bawah lori trak yang dalam perjalanan ke lombong emas Chirano. 

Jurucakap Kinross mengesahkan kemalangan berlaku 140 kilometer dari lokasi lombong tersebut. 

Susulan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai berpindah dari kawasan letupan ke bandar berdekatan bagi menjamin keselamatan mereka. 

“Bandar terdekat diarahkan membuka kawasan awam termasuk kelas dan gereja bagi individu yang terselamat,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Organisasi Pengurusan Bencana Negara (NADMO), Seji Saji Amedonu memaklumkan sebanyak 500 bangunan musnah akibat letupan itu.-AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya